Polisi Tempahan Dewan Nara Amaryllis House

Dewan Kahwin / Dewan Serbaguna di Ketereh, Kelantan.

  1. Hubungi Team Nara Amaryllis
    • Untuk tempahan, anda boleh menghubungi kami di nombor berikut: 014-5431042 / 016-2369066 / 012-9218413. Boleh WhatApps juga.
  2. Bayaran Tempahan
    • Bayaran deposit sebanyak RM500 / RM1000 diperlukan untuk lock tarikh tempahan.
    • Baki penuh bayaran hendaklah dijelaskan selewat-lewatnya 30 hari sebelum tarikh majlis.
  3. Polisi Pembatalan
    • Deposit adalah tidak boleh dipulangkan sekiranya pembatalan dibuat oleh pihak pelanggan.
    • Walau bagaimanapun, pemulangan penuh deposit akan diberikan sekiranya pembatalan dilakukan oleh pihak NARA Amaryllis House.
  4. Tempoh Penggunaan Dewan
    • Penggunaan dewan adalah berdasarkan tempoh masa yang dipersetujui iaitu sekitar 4 hingga 6 jam.
    • Sebarang tambahan masa adalah tertakluk kepada ketersediaan dan caj tambahan.
  5. Vendor & Katering
    • Semua vendor panel dan katering (termasuk menu tambahan) hendaklah dipersetujui atau diuruskan bersama pihak NARA (jika berkaitan).
  6. Kerosakan & Tanggungjawab
    • Sebarang kerosakan harta benda dewan akibat kecuaian pelanggan atau tetamu adalah menjadi tanggungjawab penuh pelanggan dan kos pembaikan akan dikenakan.
  7. Perubahan & Permintaan Tambahan
    • Sebarang permintaan tambahan atau perubahan kepada pakej asal boleh dirunding bersama pihak pengurusan, tertakluk kepada kelulusan dan caj tambahan.
  8. Pematuhan Peraturan
    • Pelanggan dan tetamu hendaklah mematuhi semua peraturan dewan termasuk aspek keselamatan, kebersihan dan susun atur yang ditetapkan.